Wednesday, January 29, 2014

perkenalan di masjid raub

sebelum aku solat zohor tadi, ada yang menegur dan bertanya "abang nak solat ka? boleh kita berjemaah?" aku menjawab boleh apa salahnya.selesai solat aku berkenalan..rupanya staff maybank raub, org felda temangau. Felda Temangau tempat gps tak boleh baca he he...teringat aku pergi ke sana masa kawen sedara isteri ku.sembang2 rupanya beliau bakal pemilik bersama Sawda coffee.wah bagai orang mengantuk di sorong bantal.rancak bersembang pasal kopi , yerlah koperasi kami pun bakal mengeluarkan produk kopi.katanya industri kopi tidak terjejas walaupun ekonomi teruk.betul juga minuman merupakan satu keperluan walaupun pada asalnya merupakan satu kehendak sahaja.lupa nak bagi tau namanya Muzamil.Insya Allah jumpa lagi dengan Muzamil

bukan dah bersarang ni dah semak samun he he he

Aalamualaikum, dah 2 tahun tak update blog ni, banyak kisah berlaku dalam masa 2 tahun ni ha ha. 2 january 2014, aku menerima tawaran kerja baru..pengurus katanya di koperasi pekebun kecil daerah raub berhad. ingin cabaran dalam kerjaya dan memperluaskan empayar kerjaya diri sendiri aku terima jawatan ini...banyak benda baru aku berlajar di sini tentang pengurusan dan menguruskan sesuatu koperasi.aku mengharapkan di sini aku boleh berlajar banyak perkara tentang pengurusan dan yang pastinya tentang hidup.