Tuesday, December 2, 2014

my little buntat,ampang puteri dan che ta





bulan november 2014 banyak cabaran,aku demam, anak ku nur raisya shakira di masuk kan ke wad,dua kali. 5 hari di hospital bentong,3 hari dua malam di hospital pakar ampang puteri.
batuk dan demam yang berlarutan menyebabkan anak ku di tahan wad.keluar hospital bentong demam nya juga tidak kebah lantas aku membuat keputusan untuk berjumpa pakar di hospital pakar ampang puteri.nasib lah anak anaku di lindungi kad perubatan prudential,kalau tidak tak mampu juga aku ke sana.sekiranya ada duit lebih menabung lah di dalam kad perubatan dan perlindungan dari mana syarikat insuran dan takaful.Malang tidak berbau,sakit dan demam kita tidak tahu,beringatlah sebelum musibah menimpa kita.
nak di jadikan cerita boleh pulak terserempak dengan CHE TA,dia baru lepas pemeriksaan anaknya,ok orangnya tidak sombang dan ramah..suka sangat isteriku maklumlah minat sangat dengan CHE TA he he...

Thursday, November 13, 2014

apa yer

senyum aku membaca luahan penulis blog pisau langit..dalam kepahitan senyuman aku..hampir mengalir air mata ku.membaca keluh resah sahabat ku pisau langit tentang kerungsingan kesihatan ibunya.Ibunya uzur sekarang aku belum sempat menziarah,aku pun dah seminggu demam ,habis satu rumah demam .Ya Allah dugaan mu terhadap hamba mu aku redha

aku baru ingin menelefon pisau langit untuk meluahkan perasan ku ,namun ku baca garapan blognya beliau juga punyai masalah yang amat besar biar lah aku pendam kan hajat ku.di coretan bisu ini aku titipkan luahan hati ku..biarlah medan blog ini jadi pendengar setianya.

sampai sini dulu..hari ini jumaat

Tuesday, October 7, 2014

aku koperasi dan prudential

sedikit tekanan...itu aku boleh luahkan...berada hampir sepuluh bulan di koperasi ini banyak perkara yang aku tempuhi.banyak perkara yang aku belajar.menghadapi kerenah kakitangan serta ahli lembaga koperasi kadang kala membuat aku tersenyum.Amarah aku juga di uji..lipatan sejarah ini akan mendewasakan diriku.banyak perkara perlu aku usaha kan demi memajukan koperasi supaya memacu keuntungan untuk ahli ahlinya

prudential
aku seorang agen insurans sambilan..walaupun sambilan alhamdulillah aku boleh bersaing dengan agen sepenuh masa dan masih lagi bernafas dalam bidang ini.aku suka kan insuran dan takaful ,walaupun jualan polisi aku tidak banyak macam pisang goreng tetapi aku bersyukur dapat menolong insan insan yang memerlukan.esok ada apoitment alhamdulillah pusat tuisyen al quran tempat anak aku menggaji Al quran ingin kan penjelasan dari ku tentang polisi insuran kelompok.

Tuesday, June 3, 2014

anak anak ku..my buntat



jom singgah di gerai pak buyong no 6 medan selera kg baru bentong

wah hari ni nak promote my wife kedai, jom singgah makan di gerai PAK BUYONG no 6 medan selera kg baru BENTONG. menu utamanya mestilah ikan patin sangkar sungai temerloh. mari lah rasa kita tengok menyengat atau tak?. telur ikan tenggiri pun ada .datang ya he he

Wednesday, January 29, 2014

perkenalan di masjid raub

sebelum aku solat zohor tadi, ada yang menegur dan bertanya "abang nak solat ka? boleh kita berjemaah?" aku menjawab boleh apa salahnya.selesai solat aku berkenalan..rupanya staff maybank raub, org felda temangau. Felda Temangau tempat gps tak boleh baca he he...teringat aku pergi ke sana masa kawen sedara isteri ku.sembang2 rupanya beliau bakal pemilik bersama Sawda coffee.wah bagai orang mengantuk di sorong bantal.rancak bersembang pasal kopi , yerlah koperasi kami pun bakal mengeluarkan produk kopi.katanya industri kopi tidak terjejas walaupun ekonomi teruk.betul juga minuman merupakan satu keperluan walaupun pada asalnya merupakan satu kehendak sahaja.lupa nak bagi tau namanya Muzamil.Insya Allah jumpa lagi dengan Muzamil

bukan dah bersarang ni dah semak samun he he he

Aalamualaikum, dah 2 tahun tak update blog ni, banyak kisah berlaku dalam masa 2 tahun ni ha ha. 2 january 2014, aku menerima tawaran kerja baru..pengurus katanya di koperasi pekebun kecil daerah raub berhad. ingin cabaran dalam kerjaya dan memperluaskan empayar kerjaya diri sendiri aku terima jawatan ini...banyak benda baru aku berlajar di sini tentang pengurusan dan menguruskan sesuatu koperasi.aku mengharapkan di sini aku boleh berlajar banyak perkara tentang pengurusan dan yang pastinya tentang hidup.